Thursday 17 November 2011

Teori Asas 1 : Not serta tanda rehat

,
Apa kabar..Lama tidak meng'update' blog aku, dunia & muzik ini. Sibuk sikit dalam beberapa minggu ini. Ok..pelajaran apa minggu ini adalah berkenaan tanda rehat bagi setiap not. Sebelum itu apa sebenarnya kegunaan tanda rehat. Tanda rehat digunaakan adalah untuk memberhentikan not lagu tersebut mengikut skor lagu yang hendak dimainkan. Senang cerita ia seperti noktah dalam tanda baca. Selalunya bila ada simbol tanda rehat ini, lagu atau not tersebut akan berhenti sekejap mengikut nilai tanda rehat yang ditulis sebelum lagu itu disambung. Okey, kita lihat simbol tanda rehat bagi setiap not yang terdapat dalam gambarajah dibawah.

Sumber : Google image
 
Read more

Tuesday 1 November 2011

Teori Asas 1 : Mengenal Notasi Muzik

,
Pelajaran pada minggu ini ialah berkenaan tentang notasi muzik. Apa itu notasi muzik ? Notasi muzik adalah jenis-jenis not yang akan menentukan rentak atau nilai nada lagu yang dimainkan. Untuk lebih mudah faham, orang-orang di Malaysia sering memanggil dengan panggilan not taugeh. Kenapa dipanggil not taugeh? Ini kerana bentuk not tersebut seperti taugeh. Okey, kita lihat jenis-jenis not dan nilai rentak bagi setiap not.





Kalau dipecahkan dalam bentuk gambarajah, not-not ini akan berbentuk seperti pokok. Ini yang dipanggil notes tree. Lihat gambarajah dibawah :

Not Semibrif bersamaan dengan 2 not minim. Maksudnya nilainya adalah bersamaan 2 not minim bagi satu semibrif. Bagi 1 minim pula, nilainya bersamaan dengan 2 not krocet. Not krocet pula mewakili 2 not kuaver dan not kuaver mewakili 2 not semikuaver. Ini bermakna jika mengira nilai not semibrif kepada not krocet, ia mewakili 4 not krocet. Boleh faham ? Okey, satu soalan untuk ujian kali ini.
  • Berapakah nilai 1 not minim bagi not semikuaver ?
  • 4 semikuaver juga bersamaan dengan berapa krocet? 
Okey, cuba jawab soalan tersebut. Jika ada kemuskilan, sila komen diruangan dibawah ye.
Pelajaran akan datang pula kita akan belajar tanda rehat bagi setiap not diatas. Selamat Belajar..







Read more
 

Aku Dunia & Muzik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger