Thursday, 27 October 2011

Teori Asas 1 : Not-Not yang terdapat pada baluk

,
Not-not sering ditulis pada setiap ruang dan garis pada baluk. Bagi baluk klef trebal (G), not akan bermula dari not C Tengah ataupun Middle C. Setiap not akan ditulis seperti tangga samaada dari not paling bawah ke atas atau dari atas kebawah. Begitu juga dengan baluk bagi klef bes. Asas not bermula dari C Tengah. Tetapi not akan ditulis ke bawah sehingga ke not E. Perlu diingat bahawa kedudukan not antara klef trabel dan klef bes adalah tidak sama. Berikut merupakan gambarrajah berkenaan kedudukan not pada baluk.

Gambar dari google imej (klik sini)
Read more

Tuesday, 25 October 2011

Teori Asas 1 : Apa dia Baluk, Klef Trable dan Klef Bes?

,
Apa Dia Baluk ?
Dalam muzik skor, baluk adalah benda yang paling penting dalam pembacaan skor lagu. Baluk dalam bahasa Inggeris dipanggil Staff ataupun Stave. Baluk ditulis secara lima garis dan empat ruang selari. Setiap garis dan ruang baluk tersebut akan ditulis not.




Apa dia klef trabel?
Dalam skor muzik simbol muzik ini sering digunakan. Simbol ini dalam bahasa Inggeris dipanggil Trebel Clef dalam bahasa Melayu digelar Klef Trebel. Klef ini akan ditulis pada awal setiap baluk. Klef ini akan menetukan notasi A,B,C,D,E,F,G,A' pada garis dan ruang pada baluk. Setiap klef menetapkan nama yang berlainan bagi garis dari ruang pada baluk. Apabila ditulis pada baluk, klef trebal ini akan mewakili not G. Selalunya selain dipanggil Klef Trabel ia juga dipanggil Klef G.


Apa dia Klef Bes?
Klef Bes akan ditulis pada awal setiap skor lagu. Selalunya, apabila klef bes ini ditulis, lagu yang akan dimainkan adalah terdiri dari lagu yang bernada rendah. Klef bes ini akan menetapkan not F garis ke 2 dari atas sebagai garis F. Oleh yang demikian, klef bes ini juga sering digelar Klef F.





 Berikut gambar-gambar kedudukan klef trabel dan bes pada baluk serta kedudukan not tengah C ataupun (Middle C)


Read more

Friday, 21 October 2011

Selamat Datang Aku Dunia & Muzik

,
Salam kepada semua pembaca-pembaca blog. Akhirnya setelah sekian lama menyimpan ilmu muzik yang saya ada(walaupun tidak seberapa), saya akhirnya ingin berkongsi ilmu muzik yang ada pada saya. Semua perkara yang berkaitan dengan ilmu muzik seperti teori asas muzik dari gred 1-5, skel muzik, alat muzik, sejarah muzik, ulasan muzik, cintai muzik dan segala benda yang berkaitan tentang muzik. Yang pasti saya akan cuba memberikan sebanyak ilmu dan panduan tentang muzik supaya semua orang dapat berkongsi ilmu tentang muzik. Perlu diingat bahawa blog ini tidak akan memaparkan cerita-cerita gosip dan sensasi tentang dunia muzik. Ia lebih kepada ilmu dan perkongsian pendapat tentang muzik dari perkara asas teori muzik itu sendiri.. Selamat mengikuti blog “Aku Dunia & Muzik” ini.
Read more
 

Aku Dunia & Muzik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger