Wednesday 18 January 2012

Teori Asas 1 : Tangganada (Scales)

,
Asas sebuah lagu mestilah berasaskan skel ataupun lebih dikenali sebagai Tangganada. Perkataan Tangganada diambil dari perkataan latin iaitu "SCALA" yang bermaksud 'Tangga'.

Terdapat banyak jenis Tangganada. Namun yang sering digunakan dalam penciptaan lagu ialah tangganada Major dan Minor.

Satu tangganada adalah terdiri daripada 8 not muzik. Jika not itu bermula dengan not A maka ia akan berakhir dengan Not A juga. Sebagai contoh seperti dibawah ini :

                                                  1      2      3     4     5      6     7      8
                                                  A     B     C     D    E      F     G     A
                                                  C     D     E     F     G     A     B     C
                                                  D     E     F     G     A     B     C     D

Tangganada diatas ini merupakan tangganada tidak sempurna. Ia senang dipanggil tangganada Natural. 
Kalau dilihat susunan tangganada tersebut. Asasnya akan bermula dari not di nombor 1 dan akan berakhir di not ke 8. Samaada not ini ditulis secara menaik (Ascending) ataupun menurun (Descending) serta secara menaik dan menurun, susunan not itu tetap menggunakan sistem yang sama.

Okey..pada pelajaran seterusnya, saya akan huraikan tangganada major. Bagaimana kedudukan tangganada major serta bentuknya apabila ditulis dalam baluk. Disini akan diterangkan kedudukan Jeda dalam tangganada major ini serta kegunaan tanda muzik # (Syap) dan b (Flet) dalam tangganada major ini.
Check it out.....

0 comments to “Teori Asas 1 : Tangganada (Scales)”

Post a Comment

 

Aku Dunia & Muzik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger