Monday, 9 January 2012

Teori Asas 1 : JEDA (Interval)

,
Salam..agak lama tidak update blog ini. Memandangkan cuti sekolah bermula maka blog ini pun terpaksa bercuti sekali.HEHEHE apapun bagi meneruskan sesi pembelajaran kita, saya akan menyambung tajuk teori muzik ini dengan tajuk JEDA (Interval).

Apa dia JEDA (Interval)?
Jeda ialah jarak antara bunyi. Lebih kurang jarak antara dua bunyi la. Contoh antara bunyi x dan y. Diantara bunyi x dan y tersebut adalah JEDA(Interval). Boleh faham???

JEDA pula akan diukur dalam Ton dan Separuh Ton ataupun lebih dikenali dengan semiton.

Bunyi bagi muzik pula lebih telah dicipta dengan melebelkan bunyi tersebut dengan abjad. Iaitu dari abjad A hingga G. Lihat contoh dibawah :

A  B  C  D  E  F  G  A' B' C' D'

Setiap abjad yang berakhir dengan huruf G akan bermula semula dengan huruf A semula namun bunyi pada huruf tersebut akan lebih tinggi nadanya.

Walaupun abjad A, B, C dan seterusnya digunakan tidak bermakna setiap bunyi akan bermula dengan huruf A. Setiap bunyi akan bermula dengan nada tersendiri dan tidak terikat dengan huruf A sahaja. Besar kemungkinan bunyi juga boleh bermula dari huruf G atau C.

Ok..kalau belum lagi faham sila bertanya ya..hehe Jumpa lagi dalam teori akan datang..

2 comments to “Teori Asas 1 : JEDA (Interval)”

  • 21 November 2013 at 16:53
    Unknown says:

    Apakah maksud jeda(major ke-2),jeda(perfek ke-4) dan jeda(minor ke-2)?

    delete
  • 3 December 2020 at 21:25
    Unknown says:

    Rumah ke masjid

    delete

Post a Comment

 

Aku Dunia & Muzik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger