Tuesday, 25 October 2011

Teori Asas 1 : Apa dia Baluk, Klef Trable dan Klef Bes?

,
Apa Dia Baluk ?
Dalam muzik skor, baluk adalah benda yang paling penting dalam pembacaan skor lagu. Baluk dalam bahasa Inggeris dipanggil Staff ataupun Stave. Baluk ditulis secara lima garis dan empat ruang selari. Setiap garis dan ruang baluk tersebut akan ditulis not.




Apa dia klef trabel?
Dalam skor muzik simbol muzik ini sering digunakan. Simbol ini dalam bahasa Inggeris dipanggil Trebel Clef dalam bahasa Melayu digelar Klef Trebel. Klef ini akan ditulis pada awal setiap baluk. Klef ini akan menetukan notasi A,B,C,D,E,F,G,A' pada garis dan ruang pada baluk. Setiap klef menetapkan nama yang berlainan bagi garis dari ruang pada baluk. Apabila ditulis pada baluk, klef trebal ini akan mewakili not G. Selalunya selain dipanggil Klef Trabel ia juga dipanggil Klef G.


Apa dia Klef Bes?
Klef Bes akan ditulis pada awal setiap skor lagu. Selalunya, apabila klef bes ini ditulis, lagu yang akan dimainkan adalah terdiri dari lagu yang bernada rendah. Klef bes ini akan menetapkan not F garis ke 2 dari atas sebagai garis F. Oleh yang demikian, klef bes ini juga sering digelar Klef F.





 Berikut gambar-gambar kedudukan klef trabel dan bes pada baluk serta kedudukan not tengah C ataupun (Middle C)


0 comments to “Teori Asas 1 : Apa dia Baluk, Klef Trable dan Klef Bes?”

Post a Comment

 

Aku Dunia & Muzik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger